Wednesday, November 16, 2011

My 26 Travel Facts

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Secara ringkasnya, nama komersial aku Nita. Asal dari Pulau Mutiara, sekarang menetap di Selangor. Buat masa ni, masih bekerja sepenuh masa di Jln Damansara.


2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Aku rasa sejak kecik2 lagi aku dah terjebak dalam dunia travel aku sendiri (pasang angan2).

Ingat lagi masa sekolah rendah walaupun belum kena belajar matapelajaran geografi
aku gigih baca buku geog sekolah menengah dan encyclopedia berkaitan negara2 dalam dunia. **Tapi masa spm dapat C3 jer pun utk geografi (errr ada yg tak faham C3 ker??? heheh).

Ingat lagi masa umur 8 tahun, masa tu aku kat dlm keretapi bukit bendera. Dalam gerabak ketapi kami ada elderly couple mat saleh. Aku dengan peramahnya (walhal sebenar2nya aku bukan seorg yg peramah pun) tanya depa, "where are you from?". Pakcik tu jawab depa dr canada. pas tu aku pun tak berapa ingat aku cakap apa, tapi rasa2nya sumthing like enjoy your stay here la kot.

Ingat lagi (isssh berapa punya ingat daaa), masa aku sekolah menengah asrama kat JB, aku selalu jeles kat kawan2 yg ada paspot depa leh pi singapore. Mak aku tak kasi buat paspot sebab tak penting katanya kalau sekadar nak pegi jalan2.

So bila aku dapat chance belajar ke Jepun, itulah pertama kali ku buat pasport dan naik flight at 19 yo :) Masa tu sgt la teruja.. i've been waiting for the moment for sooooooooo long. Pulak tu masa baru sampai tgh spring masih dingin late march.. lagilah jakun.

Lepas tu apa lagi, 4 tahun aku kat sana, panjang langkah ke sana ke mari setiap kali cuti sekolah. boleh dikatakan habis satu jepun (exaggerate sket) aku ronda, cuma okinawa je tak sampai.
Aku balik mesia sekali je dlm tempoh 4 tahun tu, itupun sebab bawak kawan2 jepun aku buat lawatan sambil belajar ke mesia bersama2 cikgu seminar kami.

Aku rasa rugi je kalau aku kerap balik malaysia, nanti tak sempat melawat those exciting places! Mostly aku berjalan2 dgn kawan2 mesia, kadang2 dgn kawan2 jepun.


Masa final year b4 grad, langkah aku laaaagi panjang, aku pulun kerja part time kumpul duit. Mula2 aku pi southern australia jumpa kawan2 irc (oooohh kuno-nya bunyi hahhaa) for 3 weeks.


Then aku berangkat ke UK naik KOREA air merentas siberia. Kali ni aku pegi sorang. Makcik aku mastautin kat london, so aku jadikan rumah dia sebagai base untuk aku menjelajah europe - mini trip je sebab kekangan kewangan.



3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Kalau ikut ratio ------------- traveller:tourist, it will be 70:30


4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

mostly backpacking, tapi b4 pegi mmg study bagai nak rak --

masa zaman 90s, pakai buku jer -- kat jepun ada series 'chikyuu no arukikata' maksudnya lebihkurang macam how to travel the world (globetrotting).. macam lonely planet gak ler, but in japs.

Selepas ada internet, lagi la byk reference..

Anyway, a few times kat indonesia ambil driver, esp bila pi dengan kids n elderly



5. Siapakah travel partner anda?

Masa bujang, boleh dikatakan tak ada, aku mmg a LONER. Kadang2 pegi juga dengan kawan2, especially dgn sorang mamat ni, who is now my soulmate hikhikkk

Lepas kahwin, my partner in crime is of course my soulmate ;-)
(walaupun aku tau dia bukan la suka meletihkan diri backpacking bagai)


Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Semasa cuti sekolah first year kat Jepun - pegi jalan2


7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Malaysia - semua negeri dah cover. Last dpt gi sarawak (kuching dan miri/mulu) dan Sabah (KK & kundasang).

Japan - tokyo, yokohama, toyama, hokkaido, akita, niigata, yamagata, okayama, osaka, kyoto, nara, kobe, nagasaki, oita, fukuoka ... issshhh lupa la apa lagi. tapi kebanyakan berjalan2 sambil melawat kawan2 yg belajar kat uni yg lain.. so accommodation mmg free.. in fact sekali je kot pernah dok guesthouse, sebab situ bukan penempatan

Australia - southern australia, western australia

England - london, oxford, manchester, lancaster, birmingham, nottingham, lake districts, bath, brighton

Scotland - edinburgh

Wales - cardiff
Belgium - brussels, brugge, antwerp

Holland - amsterdam, zaanstad, harlem

France - paris

Saudi Arabia - Jeddah, makkah, madinah
Singapore

Thailand - bangkok, pattaya, kanchanaburi, mae sai, chieng mai, chiang rai, laos (border)

Indonesia - surabaya, malang-bromo, bali, medan-toba, jakarta, bandung, bukitttinggi, jogjakarta

Korea - seoul, jeonju (jeju beluuummm lagi)



8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Ya, Bangkok (sgt suka)
jakarta,
london,
perth

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Reason: pernah sekali je sampai sini buat Umrah
Semestinya kena sampai lagi for the Hajj, Insyallah



10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

Turkey
Morocco
India



11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

I think the best time bila bawa semua anak2 travel. The feeling is too precious to describe.

Anyway, aku rasa kelakar gila bila teringat pengalaman ni.
Masa tu solo trip kat Amsterdam. Aku tau ttg red light district ni, tapi aku tak ler TAU sgt.

So satu petang ni aku ronda2, rasanya aku dah termasuk area red light ni lerrr
ada banyak cermin display pompuan pakai sexy2.

Ada satu ni punya sexy voluptous.. aku mati2 ingat mannequin/
Aku pi dekat.. sebab the glass reflected the light, aku dekatkan muka aku kat cermin display tu nak tgk dia.. tiba2 patung tu kenyit mata dan sengih kat aku.

OMG, gila terkejut badak aku, rupa2nya maknusia, hampir aku lari lintang pukang. Tapi aku buat2 cool terus chow pi tempat lain... phewwww..


Satu pengalaman manis, yang aku tak pasti aku berani ulangi, ialah semasa buat Bungee Super Jump terjun ke dalam thames river, london. Kami dinaikkan ke dalam crane setinggi 300 kaki, lepas tu terjun free style.. ala2 u jump i jump.

B4 terjun Masyallah cantiknya london skyline sayup2 kelihatan.. the moment that guy say, "now jump" terus rasa gelap dunia.. tup2 je rasa jerk kat bawah.. the feeling was great!! :-)


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

CERITA 1
OK ni cerita masa nak pergi bercuti last year July. Kami naik teksi nak ke lcct utk ke ho chi minh -- me, hubby and hannah (my youngest). Excited sebab first time nak ke vietnam.

Dlm teksi, tergerak nak cek printout AA (masa tu tak de lg web check in).
Bila cek tgk2 tak de nama hannah -- berhenti jap jantung, rupa2nya tak beli tiket utk dia. Sebab semenjak dia lahir tak pernah langsung tinggal dia, tak tau napa masa beli tiket vietnam aku lupa. Terus call AA, they said AA web tgh maintenance, so kena buy at counter.

Sampai LCCT terus lari kelam kabut. Nak jadi cerita masa tu AA tgh upgrade besar2an so tak leh beli tiket hari tersebut WALAU kat kaunter.
Lagi sedih umur hannah masa tu baru masuk 24 bulan so mmg kena beli seat. Kalau b4 24 mth boleh la juga gagah depa selit, sebab dok atas riba je..

Frust tertonggeng gila masa tu.. tapi buat2 macho lar.
Nak merayu pun staff AA tak leh buat apa2. Hubby macam tak kesah jer, terus ajak balik.

Tapi, kepala aku dok ligat susun strategi .. siap cakap nak suruh my colleague amik hannah hantar balik suh mak aku jaga -- tapi hubby marah sebab tak mo susahkan org.
Sampaikan aku rasa nak suruh je laki aku balik dgn hannah, biar aku gi sorang2. Lagi la dia tak kasi.. siap nasihat aku jgn selfish :P hahahhaha

Last2 aku bertenang dan anggap tak de rezeki lagi utk ke vietnam.. so balik cam tu jer.. FRAASSTTT!


CERITA 2
Masa tu zaman student, aku baru masuk belgium pagi tu dgn kapal laut mlm dr dover, UK. Terus ambik train ke brussel. Kat stesen ketapi (it was so huge) masa nak beli breakfast, tetiba perasan wallet hilang. Kelam kabut gelabah giler jadinya. Oh ya masa ni aku sorang2.

Tak tau nak buat cemana, so aku pi balai polis berhampiran nak buat aduan. Polis tu dok cakap french dgn aku lak (brussels is known as little paghee kalau tak silap).
Dia cam bengang je kat aku sbb tak pandai ghoyak french :P

But then dia panggil aku masuk dlm.. bawak aku dlm satu bilik gelap, ada kerusi tgh2 laman. Dia suh aku dok situ.. dia dok kat luar.. tgk aku dr lubang kecik then tanya macam2 soklan -- suruh aku describe wallet tu dan keseluruhan content wallet.


Foohh aku rasa that was my most tortureous moment.. kena interrogate cam tu, walhal wallet aku yg hilang.
Last2 dia pulangkan wallet aku, bagitau ada org jumpa. Punya la syukur tatau nak cakap cemana. Tak kesah la kena torture cam tu pun..


13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Sangat suka


14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya



Ni tomyam seafood kat faridah fartonee di bangkok. Rasa dia mmg ngam utk kami berdua -- rasanya tomyam ni ada santan, berlemak gituhhhh the reason why we keep repeating bangkok huhu

sebenarnya ada byk lagi makanan, letak satu je arr


Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

mostly backpack, at times ada la gak bawa troli beg bila berjalan dgn elderly dan semua anak2


16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan


Beg ni brand camel beli kat jusco. Aku suka bag ni sebab saiz dia sedang2 ajer.. kalau takat aku n hubby berjalan dlm 3 - 4 hari, mmg bawak beg ni jer utk keperluan berdua, and aku akan bawa satu lagi smaller bagpack utk toiletries bagai.

So far dah jelajah WA, UK, thailand, indonesia, korea. Mmg durable bangat lah!

We love traveling light :) Mmg tak yah amik luggage selalunya.
Baru ni je beli deuter aircontact 45+10... tapi size cam tak lepas je hand carry


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti

kamera (the blood of my travel!)
buku nota n pen

contact lense dan cerminmata



18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

laptop
maggi

handfon


19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

ambik gambar ofkos!
dan tulis expenses dlm buku nota


20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

sukaaaaaaaa bergambar hahaha


21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah










































































OK sebenarnya byk gambar2 klasik zaman student masa travel, tapi kena scan la plak hahahahaaaa...

So amik yg mana ada soft copy jer.. gambar2 masa zaman moden jer ye.
Nantilah kalau ada masa aku buat entry lain.


22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

fridge magnet



23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Ya.. bila tgh ada duit. Bila tak de duit lebih, soriiiiiiiii


24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

maps
resit
brochures



Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

1. masyarakat korea, tak kira muda atau tua sgt helpful, peramah dan very open to foreigners. Berbeza dgn japanese yg lebih tertutp dan agak rigid.
Lagi satu aku suka tgk kasut2 minah korea masa naik subway -- rata2 sgt trendy dan glam!

2. toilet kat thai tak 'hangit' macam kat malaysia --- level kebersihan acceptable walaupun kat ceruk gua


3.
orang2 arab lelaki dan wanita ramai yg sgt kasar.. macam tak percaya pun ada


26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan utk rtw (round the world) dgn my soulmate satu hari nanti INSYALLAH!



Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)

Ni dalam paspot lama, nak kena cari dan scan -- so pls excuse no pix..

Aku suka stamping saudi arabia, walaupun masa nak masuk negara mereka aku dpt pegawai immi yg campak2 je pasport aku (mereka sgt kasar, dah le tak nak senyum).

Suka sebab kat sana ada makkah al-mukarramah dan madinah al-munawwarah


How It Started

Link
Can you believe that..

This post by fatt has sparked the fire in me to start blogging my own travel journal. So, here I am now, equipped with my barren blog pages, ready to answer the questions posted.

*errrrr i guess i hv to burn the midnight oil to answer all questions diligently huhuuuu

FINALLY...

Salaam and welcome to my first ever blogging space (me so outdated *hmmmppphh*).

Anyway, this blog is dedicated to my ever burning desire to travel the world. I will try to recall as many trips as i can, back to my heydays in Japan where this craze started. I wish to enliven my dreams; so here I am, pulling up my sleeves and starting this.

I can only pray that I am determined enough to keep this blog alive.